Sedar tak sedar dalam kesibukkan kita bekerja dah masuk bulan julai. Ni bermaksud kita dah dekat bulan Ramadhan. Jadi bagi sesiapa yang belum habis qada puasa tahun lepas cepat qada yer.. dah tinggal berapa hari ja lagi.
Banyak juga yang membuat tempahan untuk bulan ramadhan dan hari raya.
Jom kita layan banner promosi yang ditempah. mana tau korang yang berada di perlis boleh pergi kedai tersebut..
banner 20' x 4'
Sapa yang nak beli cat boleh pergi kedai uncle ni di jalan kaki bukit.
Jalan nak pergi padang besar tu.
Dobi Awana : Diskaun Hebat untuk Hari Raya siap ada cucian percuma
kalau nak cuba korang call jew kak wan atau mila kat atas tuh eh...
Bakabookrite : Fira tak pasti dia kedai apa.. tapi ni lah waktu dia buka pada bulan ramadhan.
Butik najwan : Butik nih dah lama beroperasi tapi dalam online.
Sekarang ni dia menapak 1 tapak lagi buka kedai offline. So sape2 yang nak beli baju raya di perlis jemputlahh walk in ke butik dia sebelah Pos Laju Taman Sena. Tq to owner butik Najah.
Dieja Tudung Exclusive : Promosi Ramadhan 5% - 2o% banyak tuh.. Cepat grab tudung kat butik nih. Cantik2 juga. Butik akak nie berhadapan dengan SMK Sains Tuanku Syed Putra.
Pasaraya Peladang Mata Ayer baru sahaja dibuka. Banyak barang turun harga sempena promosi pembukaan. Siap dapat kurma percuma lagi.
Sebelum balik Kampung servis kereta dulu eh.... Fira tak tau kedai dia kat mana. apa pun tq order design dengan Fira